Me Hearts Arts ;)

My photo
subang jaya, selangor, Malaysia
A Muslim. Divergent fans. Komander Perak. Dip in Interior Arch, UiTM Perak.

Wednesday, February 10, 2016

Untuk menjadi orang seperti aku.

Berkali kali aku berusaha mematikan rasa yang ada.

Pendam,

Itulah sifat asliku. Apa- apa akan terpikirkan serius, membuatku terkurung dalam perasaan sendiri. Aku sendiri lelah dengan keadann ini. Sebab lelah merasakan sesak yang ada. Hanya ku simpan rapat jauh dalam sudut hati.
Air mata?

Jangan tanya,rentetan air itu ku tahan dalam dalam. Ku penjarakan semampuku, ku kunci pada kelopak mata, ku gantikan dengan senyuman yang buatku lepaskan segalanya.

Sejak dulu aku didik diri menjadi kuat. Kekuranganku. Ku simpan biar tiada siapa tahu. Aku belajar tidak tunjuk lemahku dimata manusia, dengan senyuman gelak tawaku, dengan petah bicaraku, namun apa daya disebalik itu dadaku sakit menelan kepahitan.

Dan mana mungkin dalam usia mudaku, aku lalui bermacam macam sehingga aku berjaya berdiri menjadi manusia.  Walau dengan pura pura kuat , aku cuba untuk tidak susahkan orang sekelilingku. Dengan pura pura kuat ada yang ingin menjadi sepertiku. Walau kenyataannya, aku hanya pura pura kuat.

Inspired by Afaf amran

Tuesday, August 25, 2015

Antara Intipati Surah An-Nur

Antara intipati surah An Nur ayat 26 adalah, Allah suruh kita BERUBAH jadi baik dulu. Jangan mengharap pasangan kita baik tetapi diri sendiri tak nak dan MALAS nak berubah jadi baik.

Kalau nak pasangan baik, nak tak nak kita mesti jadi baik.

Kalau taubat pun malas,
baca Quran pun malas,
solat pun selalu lewat,
pandangan pun tak jaga,
ikhtilat pun tak jaga,
selalu layan hiburan haram,
dan sebagainya,
macam mana kita nak dapat pasangan yang baik. Allah tu Maha Adil.

Orang lelaki atau perempuan selalu bagi alasan,

"Aku sedar aku ni tak baik pun. Tapi aku nak cari pasangan yang baik supaya pasangan aku boleh bimbing aku jadi baik.."

Kalau korang nak pasangan korang ubah korang, adakah korang tak pernah terfikir yang pasangan korang pun nakkan korang ubah dia?

Mereka pun mengharapkan korang ubah mereka juga. So, kena usaha jadi baik walaupun ramai orang ejek dan perli korang. Pedulikan mereka, jom berubah jadi baik!


--


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

(Surah An Nur 24 : 26)

MOGA ALLAH TUTUP DAN PELIHARA AIB KITA

Moga Allah tutup dan pelihara aib kita dari pandangan manusia.
Moga Allah tutup dan pelihara aib kita dari pandangan manusia.
Moga Allah tutup dan pelihara aib kita dari pandangan manusia.

Tapi nak Allah tutup dan pelihara aib kita, kita mesti buat 1 perkara. Apa dia?

Kita tutup dan pelihara aib orang lain. Dosa dia dengan Allah, biar urusan dia dengan Allah.

Selagi dia tak buat mungkar secara TERANGAN atau BANGGA dengan dosa dia buat, kita tegur secara belakang atau umum.

Wednesday, July 29, 2015

Hamba Allah yang bebuat Dosa

Allah baik sangat pada kita, kan?
Allah bagi kita mata, mulut, tangan, telinga. Allah baik sangat kan?
Walaupun kita banyak guna MATA untuk tengok benda yang Allah tak suka, kita tengok ajnabi, kita tengok benda haram, kita tengok dan cari keburukan orang lain, tapi Allah masih bagi kita mata, allah tak butakan kita.
Walaupun kita banyak guna MULUT untuk mencarut, mengumpat, mengadu domba, megutuk mencaci maki, dan fitnah, tapi Allah masih tak bisukan kita.
Walaupun kita banyak guna TANGAN untuk melukakan orang, menulis benda yang tak elok, search benda haram di internet, membuat lambang mencarut, mencuri dan sebagainya, tapi Allah masih tak kudungkan tangan kita.
Walaupun kita banyak guna TELINGA untuk dengar keburukan orang, dengar orang mengumpat, dengar lagu-lagu yang liriknya berbaur lucah, lirik yang mengajak kita buat dosa seperti lirik tentang couple, pergaulan bebas, seks dan sebagainya, tapi Allah masih tak pekakkan telingan kita.
Allah sangat baik pada kita, kan?
Kadang, kita lupa diri. Kita lupa nikmat yang Allah beri pada kita tidak tertandingi, kita lupa, kita lupa, kita lupa...
Tapi, apakah Allah lupakan kita?
Tidak.
Allah masih beri kita nikmat demi nikmat. Bahkan, Allah RINDU nak dengar suara tangisan dan rintihan kita. Sebab tu Allah timpakan kita kesusahan. Sebab Allah nak dengar suara kita.
Tapi, malangnya, bila kita di timpa kesusahan, kita tak cari Allah. Bahkan, kita salahkan Allah..
"Apa dosa aku ya Allah? Apa dosa aku??"
"Kenapa aku yang kena tanggung semua ni..Kenapa aku??"
Tapi, walaupun kita tak cari Allah tika susah, Allah tetap sayangkan kita, Allah tarik kesusahan tersebut, dan terus bagi kita nikmat, dengan harapan, kita akan kembali pada Allah.
Allah masih bagi kita tempat tinggal, harta, keluarga, kawan-kawan, oksigen, lengkap pancaindera, dan lain-lain. Ye, agar kita kembali pada Allah.
Allah baik sangat pada kita, kan?
Allah sayang kita. Allah tahu kita ni manusia, mudah lupa, mudah terjebak dengan dosa. Sebab tu Allah tawarkan pelbagai ganjaran yang besar-besar agar kita buru ganjaran dan pahala. Tapi, kita masih tak nampak, kita memandang remeh kebaikan, dan memandang remeh orang yang menyeru kepada kebaikan. Tapi, Allah masih sayang kita. Allah tawarkan PENGAMPUNAN yang amat luas pada kita! Kita boleh minta ampun bila-bila, di mana sahaja, Allah sentiasa dekat, Allah sentiasa faham, Allah sentiasa terbuka untuk mengampunkan segala dosa noda kita, kecil atau besar, banyak atau sikit, sengaja atau tak sengaja, semuanya Allah ampunkan. Tapi, berapa ramai yang ingin bertaubat?
Allah baik sangat pada kita, kan?
Tak nak ke kita buat baik pada Allah, setelah lama kita jauh darinya?
Kalau betul kita cinta dan hargai segala kebaikan Allah pada kita, buktikan dengan taubat. Gembirakan Allah dengan taubat, kerana, Allah amat mencintai hambanya yang bertubat.
Ye, Allah amat cinta....
"Ya Allah, ampunkan kami, mak ayah kami, adik beradik kami, kaum kerabat kami, guru-guru kami, kawan-kawan kami, dan kau ampunkanlah semua umat islam, samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..."
Maafkan aku, Allah.

Berjaya?

Korang berjaya sehingga hari ni, bukan semata-mata sebab usaha korang sangat pun..

Tapi faktor yang paling banyak membantu korang berjaya sehingga hari ni antaranya,

1. Doa mak ayah korang.
2. Doa ramai manusia untuk korang kesan daripada korang tolong mereka.

Sama ada orang miskin yang lapar korang bagi makan,
sama ada anak yatim yang kesunyian, korang usap kepala mereka.
sama ada kawan korang yang susah, korang mudahkan urusan dia.
sama ada motor orang rosak tepi jalan, korang tolong tolak pergi bengkel.
sama ada korang bagi kucing makan.
dan banyak lagi.

Kesimpulannya,
Jangan berlagak sangat bajet korang berjaya hari ni semua hasil daripada daki peluh korang.

Boleh jadi ia sebab doa orang lain. Jadi jangan pernah ambil ringan untuk buat baik. Buat je baik walaupun hanya bagi makanan pada kucing kat kedai mamak.

p/s : dan sebab paling utama of course sebab Allah yang tolong kita semua.

Tuesday, July 14, 2015

Kita Semua Buat Dosa

Kita semua buat dosa. Dan sentiasa akan buat dosa.

Semulia-mulia pendosa adalah mereka yang selalu BERTAUBAT dan TAK TANGGUH TAUBAT.

Sehina-hina pendosa adalah mereka yang EGO PERTAHANKAN dosa yang mereka buat, walaupun mereka tahu ia dosa dan salah.

Nabi Adam alayhi salam buat salah, baginda terus bertaubat. Jadilah dia semulia-mulia makhluk.

Iblis buat salah, tapi dia EGO tak nak taubat dan TAK NAK AKUI kesalahan, dan lebih hampeh dari tu adalah dia PERTAHANKAN dosa dia buat.

Maka jadilah dia sehina-hina makhluk.

--

Kita pula?

Dalam hidup ni, Allah bagi kita peluang dan ruang. Untuk jadi mulia, atau jadi hina.

Sebelum tidur, muhasabah dalam2. Bape kali kita pertahankan dosa kita kerana EGO.

RAPUH

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan


Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku


Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu


Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta


Detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu




Blog Archive